Friday, October 11, 2013

RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN JENAYAH

1.    Kelulusan RUU ini telah di “steamroll” di Dewan Rakyat selepas tengah malam pada 3hb September 2013.
2.    Padamulanya Menteri Dalam Negeri membayangkan beliau akan mengambil perhatian keatas semua pandangan dan akan merangkumkannya kepada RUU. Ini tidak berlaku.
3.    Kenapa perlu di”steamroll”? Adakah berkaitan dengan pemilihan UMNO?Ada pihak berpendapat bahawa popularity Menteri berkenaan meningkat dengan RUU ini.
4.    Sebelum ini Peguam Negara kata beliau tidak bersetuju dengan pembentukan undang-undang yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
5.    Apabila YAB PM mengemukaka pembatalan ISA dan EO, beliau menegaskan salah satu alasannya ialah tidak bersetuju dengan tahanan tanpa bicara.
6.    Sekarang RUU Pencegahan Jenayah diasaskan pada tahanan tanpa bicara, mula-mula selama dua tahun, dan boleh ditambah dua tahun lagi dan seterusnya.
7.    Perakuan ini dibuat oleh sebuah Lembaga Jenayah, berdasarkan hasil penyiasatan yang dilakukan oleh Pegawai penyiasat.
8.    Lembaga dikatakan mengambilalih peranan atau kuasa Menteri. Walaupun dipengerusi oleh seorang Hakim, apa jaminan ia bebas sepenuhnya daripada pengaruh Menteri atau politik? (Dandingkan dengan Lembaga Penasihat untuk ISA.)
9.    Berhubung dengan Pegawai Penyiasat, tidak disebut jawatannya (adakahPegawai Polis?) dan tidak dinyatakan pangkatnya.
10. Apakah jaminan bahawa Pegawai Penyiasat ini tidak mungkin disogok?Saya bimbang korupsi boleh berlaku dan jika ia berlaku, boleh menyelamatkan penjenayah daripada dihukum.
11. 11.   Fasal 19, memasukkan seksyenbaru ISA yang   (judicial review) melainkan tentang soal tatacara (procedure) sahaja.
12. Dalam Negara sudah banyak undang-undang yang boleh menangani soal jenyah. Ada Akta Senjata Apidan Perompakan misalnya. Kenapa perlu undang-undang tidak adil ini?
13. Ada dua kemungkinan RUU ini boleh menahan seseorang yang disyaki lebih lama daripada hukuman dalam mahkamah atau ia mungkin juga menahan penjenayah berat dalam tempoh lebih pendek daripada hukuman mahkamah.
14. Hendaklah dipastikan bahawa RUU ini tidak digunakan untuk kepentingan politik? Saya bimbang orang politik yang tidak disukai boleh ditahan tanpa bicara atast tuduhan korupsi.  Adakah jenayah ini termasuk dalam RUU?
15. Saya menolak RUU ini. Tapi saya tegaskan saya bersetuju bahawa perang melawan jenayah mesti dihebatan. Tapi tidaklah dengan RUU ini. Ada unsure persamaan dengan ISA dan EO (tahanan tanpa bicara).
16. Nampaknya RUU ini bertentangan dengan semangat Perlembagaan, lihat perkara 5, 149, dan 150.
17. Ia juga berlawanan dengan prinsip hak asasi manusia dan ajaran agama Islam yang menegaskan perlunya bicara sebelum hukuman. 
18.  Saya monolak RUU ini. Tapi saya tegaskan saya bersetuju bahawa perang melawan jenayah mesti dihebatan.Tapi tidaklah dengan RUU ini. Ada unsur persamaan dengan ISA dan EO (tahanantanpabicara).
19.  Nampaknya RUU ini bertentangan dengan semangat Perlembagaan, lihat perkara 5, 149, dan 150.
20. Ia juga berlawanan dengan prinsip hak asasi manusia dan ajaran agama Islam yang menegaskan perlunya bicara sebelum hukuman. 

No comments:

Post a Comment