Tuesday, August 14, 2012

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA MALAYSIA




PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA , MALAYSIA 

DARIPADA : YB. DR. SYED HUSIN ALI

PERTANYAAN : LISAN

NO. SOALAN : 35

TARIKH : 12.07.2012 





Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PELAJARAN menyatakan keadaan guru-guru sekarang yang turut terbeban dengan kerja-kerja sumber manusia dan mengikut  statistik, adakah kerja tersebut menpengaruhi prestasi para guru. 



JAWAPAN : 

Tuan Yang di-Pertua, 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan sebuah Jawantankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG) pada Mac 2010. Jawatankuasa khas ini telah menjalankan kajian yang menyeluruh dengan mengadakan sesi perbincangan mulai Mac hingga Mei 2010 dengan pihak berkepentingan seperti kesatuan guru, pentadbir sekolah dan guru dengan berpandukan kepada Laporan Tugas dan Tanggungjawab Guru Tahunan 2006, Pandangan dan Syor Kesatuan Guru dan Laporan Jawatankuasa Khas ( Laporan Rahman Arshad 1996). 


Hasil perbincangan tersebut satu laporan telah dikeluarka dan didapati terdapat 14 isu sebagai penyumbang kepada beban tugas guru. Jawatankuasa ini telah memperakukan 28 perakuan untuk dilaksanakan bagi menangani isu beban tugas guru. Antara tindakan yang telah dilaksanakan terhadap perakuan tersebut ialah :


i. Membuat tinjauan terhadap bilangan jawatankuasa yang terdapat di sekolah ;

ii. Mengeluarkan Surat Siaran Pelaksanaan Perakuan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 (KP/KPPM/5 (66) bertarikh 23 Ogos 2010 kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri untuk dimaklumkan kepada semua PPD dan sekolah.

iii. Mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2011 : Garis Panduan Penglibatan Pihak Sekolah Dalam Program atau Aktiviti Anjuran Pihak Luar selain daripada Agensi di bawah KPM bertarikh 28 Jun 2011, kepada semua Jabatan Pelajaran Negeri untuk dimaklumkan kepada PPD dan sekolah ; dan

iv. Semua JPN telah dimaklumkan menerusi Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPM Bil. 1/2011 bertarikh 8-9 Februari 2011 untuk membentangkan cadangan inisiatif dan perkongsian amalan terbaik JPN dalam Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPM. 


Selain itu, KPM juga masih menjalankan kajian rintis bagi penempatan membantu Tadbir N17 sehingga Jun 2012 untuk melihat impak penempatan Pembantu Tadbir secara lebih spesifik. Dapatan awal kajian menunjukkan impak yang signifikan dalam mengurangkan beban tugas perkeranian seperti memasukkan data dalam sistem, penyedian surat-surat, pengisian borang-borang, membantu penganjuran program di sekolah, membantu tugas di Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain tugas perkeranian.


Namun sebelum sebarang keputusan dibuat, masih terdapat beberapa aspek yang perlu diperincikan, dan hasil akhir kajian ini dijangka dapat dihasilkan pada penghujung bulan ini. Seterusnya satu cadangan akan dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam bagi perluasan penempatan Pembantu Tadbir N17 di sekolah-sekolah di bawah Kementerian.


Di samping itu, dalam usaha mengurangkan beban tugas guru ini, KPM akan memperkenalkan sistem pengurusan sekolah yang tunggal kemasukan data bagi menambahbaik sistem sedia ada pada masa ini yang menggunakan pelbagai sistem kemasukan data mulai tahun 2013. Dengan usaha-usaha yang dilakukan ini, Kementerian berkeyakinan isu berkaitan beban tugas guru dapat diatasi. 





No comments:

Post a Comment