Tuesday, August 14, 2012

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA MALAYSIA





PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA , MALAYSIA 

DARIPADA : YB. DR. SYED HUSIN ALI

PERTANYAAN : LISAN

NO. SOALAN : 51

TARIKH : 12.07.2012 





Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara khusus apakah ciri-ciri atau kriteria yang digunakan bagi memutuskan sesebuah buku atau karya diharamkan daripada dicetak dan dijual. 



JAWAPAN : 

Tuan Yang di-Pertua, 

Suka saya menjelaskan bahawa, melalui Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP 1984 ), Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanggungjawab memantau bahan-bahan penerbitan yang mana termasuk buku-buku supaya tidak mengandungi apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara. 

Sekiranya mana-mana penerbitan menyiarkan apa-apa jua bentuk isi kandungan yang sedemikian seperti yang telah saya nyatakan tadi, tindakan mengenakan Perintah Larangan ( yang biasanya disebut diharamkan) boleh dikeluarkan, juga dibawah Seksyen 7(1) Akta yang sama. Kementerian juga dimana diperlukan sentiasa merujuk kepada Jabatan/Agensi yang relevan dengan isu-isu yang ditimbulkan dengan perkara-perkara yang bertentangan seperti yang dinyatakan di dalam Seksyen 7 (1) AMCP 1984. 




No comments:

Post a Comment