Monday, August 13, 2012
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA MALAYSIA
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA , MALAYSIA
DARIPADA : YB. DR. SYED HUSIN ALI
PERTANYAAN : LISAN
NO. SOALAN : 70
TARIKH : 09.07.2012
Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI KESIHATAN menyatakan adakah elaun tambahan sebanyak RM 100 diberi kepada semua jururawat atau terhad kepada kategori-kategori tertentu dan bagaimanakah penambahan tersebut dapat memberi impak terhadap peningkatan mutu tugas jururawat.
JAWAPAN :
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk pengetahua Ahli Yang Berhormat, bayaran RM 100 yang dibayar kepada anggota paramedik di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM ), termasuk jururawat yang memiliki kelayakan Pos Basik adalah merupakan Bayaran Insentif Pos Basik (BIPB). Bayaran tersebut diberikan kepada anggota paramedik yang
mempunyai kelayakan pos basik dalam bidang yang diluluskan pembayaran PIPB serta menggunakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Pos Basik yang dimiliki dalam menjalankan tugas.
Oleh yang sedemikian, bagi anggota paramedik yang tidak memiliki kelayakan Pos Basik dalam bidang yang diluluskan pembayaran BIPB atau tidak menggunakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Pos Basik yang dimiliki, seperti asas sebab kesihatan adalah tidak layak untuk menerima BIPB.
BIPB diberikan kepada anggota paramedik sebagai galakan supaya mereka dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kepakaran masing-masing.
Sehubungan itu, mereka dapat menjalankan tugas dengan lebih efektif dan seterusnya mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan. Dalam hal ini, penyediaan insentif ini diharapkan dapat memberi impak terhadap peningkatan mutu jururawat
kerana :
i. Pemberian elauan pos basik ini juga merupakan motivasi diri kepada para jururawat terlatih untuk mengikuti kursus pos basik bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan menjana pemikiran yang lebih analitik, kritis dalam memberi jagaan perawatan
pesakit/pelanggan perkhidmatan kesihatan di bawah jagaan mereka ;
ii. Menjadi pendorong kepada anggota paramedik di dalam Continuous Professional Development dan Lifelong Learning dengan meningkatkan pengetahuan jagaan rawatan terkini seiring dengan keperluan semasa ; dan
iii. Keperluan anggota kejururawatan dalam bidang penjagaan kritikal / pengkhususan klinikal (post basic critical care ) amat diperlukan seiring dengan perkembangan bidang perubatan dan ekspektasi pelanggan terhadap mutu jagaan perawatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment