Sunday, August 12, 2012

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA MALAYSIA





PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA , MALAYSIA 

DARIPADA : YB. DR. SYED HUSIN ALI

PERTANYAAN         : LISAN

NO. SOALAN : 81

TARIKH : 16.07.2012 


Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan tentang situasi berkaitan sekatan pinjaman PTPTN yang membabitkan pelajar-pelajar UNISEL dan KUIS dan mengapa sekatan tersebut hanya dikenakan kepada dua IPT di negeri Selangor sahaja.


JAWAPAN : 

Tuan Yang di-Pertua, 

Tindakan pembekuan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar baru UNISEL baru-baru ini adalah merupakan tindakan yang diambil selepas mengambilkira suara lantang sesetengah pihak yang mahu menyediakan pendidikan percuma dengan memansuhkan pembiayaan pendidikan PTPTN.  Selain itu, Kerajaan juga percaya ada kesungguhan oleh Kerajaan negeri khususnya yang dikuasai oleh sebuah parti tertentu untuk melaksanakan pendidikan percuma.  Dengan demikian, pembiayaan pendidikan PTPTN sudah tidak diperlukan untuk para pelajar di IPT yang dimiliki dan dikuasai oleh Kerajaan negeri tersebut.  Kerajaan telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pembiayaan PTPTN kepada pelajar UNISEL buat sementara waktu. 


Walau bagaimanapun, pembatalan pembekuan pada 8 Jun 2012 dibuat setelah adanya rayuan daripada Naib Canselor UNISEL, masyarakat dan ibu bapa supaya pembiayaan pendidikan PTPTN dikekalkan dan diteruskan.  Selain itu, Kerajaan juga melihat ketidakmampuan pihak pembangkang dalam menyediakan pendidikan percuma walaupun kepada Institusi Pengajian Tinggi yang dimiliki dan dikuasai oleh Kerajaan negeri itu sendiri. 

No comments:

Post a Comment