Monday, August 6, 2012

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA  MALAYSIA

DARIPADA                             : YB. DR. SYED HUSIN ALI

PERTANYAAN             : LISAN

NO. SOALAN               : 36

TARIKH                        : 11.07.2012


Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PELAJARAN menyatakan secara jelas perkembangan dari segi kuantiti dan kualiti pelajar yang telah belajar di bawah PPSMI sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2003.


JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) telah diperkenalkan pada tahun 2003 secara serentak terhadap murid Tahun Satu , Tingkatan Satu , Tingkatan 6 Rendah dan Kolej Matrikulasi.  Walau Bagaimanapun pelaksanaan Dasar PPSMI tidak berlaku seperti yang dihasratkan disebabkan kelemahan penguasaan bahasa Inggeris guru dan murid.


Dapatan kajian menunjukkan pencapaian murid sekolah kebangsaan dan luar bandar dalam sains dan matematik menurun semasa pelaksaan PPSMI.  Antaranya calon UPSR yang mendapat gred A, B dan C dalam mata pelajaran sains menurun sebanyak 3.0% manakala matematik menurun sebanyak 3.8% di sekolah kebangsaan (SK ) pada tahun 2008 berbanding 2007.  Pencapaian murid dalam Sains UPSR bagi tahun 2008 menurun berbanding tahun 2007 dan amat terendah berbanding pencapaian pada tahun 2003 hingga 2007.  Manakala, pencapaian murid dalam Sains dan Matematik peringkat PMR dan SPM bagi tahun 2005 hingga 2008 juga tidak menunjukkan sebarang perubahan signifikan sebelum dan semasa pelaksanaan PPSMI.  Di samping itu,  wujud jurang pencapaian Sains dan Matematik yang ketara antara jenis sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta antara sekolah bandar dan luar bandar. 

No comments:

Post a Comment