Monday, August 6, 2012

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA MALAYSIA

DARIPADA PERTANYAAN

NO. SOALAN : 24

TARIKH: 12.07.2012

: YB. DR. SYED HUSIN ALI

: LISAN


Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan daripada jumlah kira-kira RM 1 Trillion yang mengalir keluar secara haram dalam tempoh sepuluh tahun lalu, dan berapa banyakkah yang
keluar sejak tahun 2005 hingga suku pertama 2012 .

JAWAPAN :

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat , jumlah aliran keluar dana secara haram yang sering diwar-warkan oleh sebuah institusi asing telah menggunakan methodologi yang cetek , menyebabkan data telah terlebih
anggar disebabkan oleh dua faktor berikut :

(i) Anggaran tersebut tidak mengambil kira pelaburan portfolio serta pelaburan lain yang merupakan komponen aliran kewangan yang penting bagi statistik Balance of Payments ( BOP ) Malaysia pada dekad terkini dan ;

(ii) Anggaran aliran keluar kewangan haram melalui kaedah Trade Mispricing, mungkin juga terlebih anggar disebabkan oleh ralat sistematik dalam penyusunan data antara Malaysia dan rakan dagangan Malaysia. Kemungkinan jumlah ralat yang besar adalah berpunca dari pendedahan perdagangan yang meluas , kerana Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang terbuka.

2. Kiraan kesalahan dan ketinggalan ( Errors & Omission - E & O ) dalam statistik BOP merupakan petunjuk yang lebih baik berhubung aliran kewangan yang tidak direkodkan di Malaysia. E & O Malaysia merekodkan aliran keluar sebanyak RM 175.3 Billion ( bersamaan dengan USD 52.5 Billion ) bagi tempoh 2005 hingga suku pertama 2012. Jumlah ini jauh lebih rendah daripada anggaran yang dilaporkan oleh sebuah institusi asing.

3. Sehubungan itu , usaha telah dipertingkatkan untuk mengurangkan dan mencegah aliran dana keluar secara haram daripada Malaysia. Setakat ini, langkah oleh pihak berkuasa telah membuahkan hasil positif ,
terutamanya dalam mengurangkan jumlah aliran keluar kewangan yang tidak direkodkan. E & O Malaysia telah mencatat jumlah aliran keluar yang lebih rendah iaitu RM 32.1 Billion pada tahun 2011 ( 2010 : -RM
38.1 Billion ). Sebagai nisbah kepada jumlah perdagangan , E & O juga telah menurun dengan ketara kepada - 2.6 % pada tahun 2011 berbanding -3.3% pada tahun 2010. Kadar ini adalah dibawah tahap piawaian kadar
antarabangasa iaitu 5% dari jumlah perdagangan.

No comments:

Post a Comment