Monday, August 6, 2012

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA


PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA MALAYSIA

DARIPADA                  : YB. DR. SYED HUSIN ALI

PERTANYAAN             : LISAN

NO. SOALAN               : 59

TARIKH                        : 09.07.2012


Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan secara terperinci berkenaan pembenaran pelajar universiti untuk menyertai secara aktif dalam parti politik dan seterusnya pilihanraya.


JAWAPAN : 

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU ( Pindaan 2012 ) yang telah diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini secara jelas memberi peruntukan dibawah Seksyen 15, bahawa pelajar boleh menyertai mana-mana pertubuhan atau parti-parti politik di luar Kampus.  Bagi pelajar IPTS pula , pendekantan bagi membenarkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti parti politik di luar kampus turut diperuntukkan dalam pindaan kepada Seksyen 47 , Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. 

No comments:

Post a Comment