Sunday, August 12, 2012

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA MALAYSIA




PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN NEGARA , MALAYSIA 

DARIPADA : YB. DR. SYED HUSIN ALI

PERTANYAAN : LISAN

NO. SOALAN : 68

TARIKH : 17.07.2012 



Dr. Syed Husin Ali minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan secara khusus bidang kuasa yang dimiliki oleh universiti yang dikatakan berautonomi penuh dalam soal pengambilan pelajar dan penetapan sukatan pelajaran.


JAWAPAN : 

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahlu Yang Berhormat, pelaksanaan agenda autonomi kepada IPTA adalah asas penting kepada
pemerkasaan IPTA yang merupakan teras ke-4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyedari bahawa autonomi
merupakan elemen penting bagi menjadikan IPTA lebih berdaya saing, kreatif dan fleksibel dalam sistem pengurusan. Autonomi yang diberikan kepada universiti secara umumnya bermaksud penurunan kuasa membuat keputusan yang pada asalnya terletak pada Agensi-Agensi Pusat dan Kementerian kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU).  Ia melibatkan empat bidang iaitu Governan Institusi, Kewangan dan Penjanaan Pendapatan, Pengurusan Sumber Manusia dan Akademik serta Kemasukan Pelajar.


Intipati pelaksanaan autonomi bagi bidang Pengurusan Akademik dan Kemasukan Pelajar merangkumi perkara-perkara berikut : 

i. Senat Universiti boleh meluluskan penubuhan Fakulti/Sekolah/Pusat dan program pengajian baharu yang tidak melibatkan peruntukan Kerajaan ;

ii. LPU/LGU boleh meluluskan penubuhan Fakulti/Sekolah/Pusat dan program pengajian ;

iii. IPTA boleh menamatkan program atau kursus yang tiada sambutan
kecuali program atau kursus yang ada nilai strategik ; dan

iv. IPTA boleh melaksanakan pengurusan kemasukan pelajar masing-masing.



No comments:

Post a Comment