AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR
Saya mula-mula akan membincangkan akta ini dan implikasinya secara umum dan kemudian menjurus lebih khusus kepada beberapa pandangan yang dikemukakan khususnya dalam sepucuk surat terbuka dari WWF.
2. Saya lihat dari Fasal 2(1) bahawa Akta ini digunapakai hanya bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan serta Labuan saja. Kenapakan ia tidak dipakai di Sabah dan Sarawak? Jikalau alasannya kerana sudah ada, sepatutnya semuanya harus diselaraskan.
3. Pada keseluruhannya, dengan pindaan yang dikemukakan, Akta baru ini adalah lebih baik dan tegas daripada Akta Ibu yang diluluskan pada tahun 1972. Yang menjadi soal ialah: Adakah semua yang disebut dalam Akta ini betul-betul akan dapat memulihara hidupan liar? Yang dimaksudkan: Bagaimanakah kita dapat memastikan Akta ini boleh berkesan?
4. Di Malaysia kita mempunyai banyak akta yang baik, akan tetapi masalahnya adalah penguatkuasaan. Misalnya, dalam kes akta pemuliharaan hidupan liar, ada kalanya pegawai Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang diamanahkan untuk memulihara hidupan liar bersubahat dengan mereka yang membunuh atau mencuri binatang liar untuk dijual.
5. Selain itu, boleh dikatakan masalah utama dalam pemuliharaan hidupan liar adalah habitat mereka yang kini semakin pupus. Hutan ditebang atau diracuni dengan pencemaran. Jadi, di samping akta yang berkesan dan penguatkuasaan, kita mestilah memelihara habitat yang boleh menjamin kehidupan serta pembiakan..
6. Di seluruh bumi kita ini, 2/3 dari sumber biologi terdapat di 17 buah negara “megadiversity”. Malaysia terletak di tempat ke 14 di antara 17 buah negara ini. Kadang-kadang kita diletakkan di tempat ke-12.
7. Mengikut senarai merah International Union for Conservation of Nature (IUCN), Malaysia mempunyai antara bilangan terbesar binatang yang terancam hidupnya.
8. Seterusnya, mengikut senarai terkini pada bulan Mac 2010, binatang terancam di negara ini, mengikut jenis-jenisnya mengandungi: mamalia (70), burung (42), reptilia (21), amphibia (47), ikan (59) dan siput (31).
9. Akta 1972 menyenaraikan hanya: mamalia (720), burung (642), reptila (10) dan tiada mamalia serta siput disebut.
10, Kita lihat bahawa hanya sebahagian kecil dari hutan adalah dilindungi dan lebih kecil lagi di bawah kuatkuasa Perhilitan. Kebanyakan kawasan ini hutan simpan berkekalan di bawah Perhutanan dan kurang dari 2000 batu persegi di bawah Perhilitan secara langsung.
11. Akhir-akhir ini hidupan liar di Malaysia banyak mendapat liputan media yang negatif dalam dan luar negara. Kita harap dengan Akta baru ini tindakan-tindakan lebih tegas boleh diambil untuk mengatasi kesemua ini.
12, Seperti yang disebutkan di atas, Akta ini secara perbandingan lebih baik dari akta ibu yang awal. Namun perlu diambil perhatian teliti dari beberapa segi, seperti berikut.
13. Semua pencerobohan ke atas spesis yang dilindungi, lebih dari 20 ekor/kepala boleh dihukum penjara atau denda secara mandatori. Ini untuk memastikan bahawa tiada pilihan melainkan menjatuhkan hukum yang berat ke atas mereka yang melanggar akta ini. Dulu boleh dihukum secara kompaun mengikut budibicara Timbalan Pendakwa. Sekarang kompaun boleh dilakukan hanya oleh Ketua Pengarah dengan izin Pendakwa Raya.
14. Akta ini meliputi spesis tempatan atau asing, termasuk spesis biasa seperti tupai tanah. Sesetengah dari spesis ini mungkin biasa saja sekarang, akan tetapi akibat pemusnahan (misalnya dianggap binatang perosak di kebun buah-buahan) mereka akan menjadi terancam di masa hadapan. Dengan ini kuasa ada di tangan Jabatan berkenaan untuk bertindak apabila perlu tanpa terpaksa menunggu pindaan baru.
15. Sehubungan ini kita perlu memastikan semua spesis yang tersenarai di
bawah senarai merah IUCN hendaklah diberi perlindungan sepenuhnya memandangkan penilaian IUCN merupakan proses berterusan. Seterusnya harus diambil kira pertindihan kuatkuasa Jabatan Perikanan ke atas spesis laut dan air,. Ikan, penyu, dugong dan paus termasuk di bawah kuatkuasa Jabatan Perikanan.
16. Ketua Pengarah diberi kuasa untuk melantik pegawai perkhidmatan
awam sebagai warden yang berkuasa melaksanakan Akta. Sekarang
ini Perhilitan hanya mempunyai 1500 pegawai bagi seluruh negara.
Tenaga untuk memantau aktiviti “poaching” (mencuri) sangat berkurangan. Dengan 48,000 lesen senjata api di negara ini, banyak aktiviti memusnah binantang liar boleh berlaku.
17. Kini kerja-kerja di kawasan memantau hanya berlaku di kawasan untuk perburuan dan di Taman Negara. Di kawasan hutan simpan pemantauan bergantung kepada laporan-laporan yang diterima. Kita perlu menjadikan proses automatik untuk melantik warden hutan dan laut yang diberi kuatkuasa perlaksanan di kawasan-kawasan mereka bertugas, tidak kira yang bertindih dengan atau tidak diliputi oleh Perhilitan.
18. Denda sekarang adalah berdasarkan spesis bukannya bagi tiap-tiap binatang. Hukuman atau denda sama saja sama ada 2 atau 20 ekor harimau yang dimusnah. Mungkin boleh diperkenalkan peraturan seperti dalam Akta Hakcipta di mana hukuman dikenakan berdasarkan tiap-tiap unit. Ertinya hukuman hendaklah dikenakan ke atas tiap-tiap ekor atau kepala binatang.
19. Sekarang izinkan saya merujuk kepada Surat Terbuka yang telah dihantar oleh WWF kepada semua Anggota Parlimen. Sebagai permulaan, WWF menarik perhatian kepada Bahagian VII mengenai kesalahan dan dendaan. Mereka menggesa sokongan bagi hukuman yang lebih berat di bawah akta baru ini. Saya menyokong gesaan ini dan ingin menyampaikannya kepada dewan yang mulia ini.
20. Selepas itu WWF menarik perhatian kepada beberapa peruntukan dalam Akta ini yang memerlukan penjelasan, penyesuaian dan pindaan sebelum ia diluluskan. Saya tidak akan mengemukakan semua pandangan WWF, akan tetapi menumpu kepada sebahagiannya saja, antaranya seperti berikut:
a) Seksyen 33 – mengenai Daftar. WWF meminta supaya selain dari daftar “lesen, permit dan permit istimewa” hendaklah dimasukkan juga senarai kawasan perlindungan serta sempadannya, semua peraturan dibuat di bawah Seksyen 132 dan syarat-syarat di bawahnya, dan semua dakwaan dan hukuman yang dibuat. Segala senarai dalam daftar ini hendaklah terbuka kepada umum dan tidak tersimpan hanya pada Ketua Pengarah. Permintaan agar daftar terbuka kepada umum saya kira adalah munasabah.
b) Seksyen 32 – Had Lesen atau Permit. Mengikut seksyen ini pegawai perlesenan boleh mengeluarkan lessen atau permit mengikut kuota. Namun pegawai itu dengan kebenaran Menteri boleh menambahnya. Saya bersetuju dengan pandangan WWF supaya dijelaskan dalam akta ini bahawa badan berkuasa yang menentukan kuota ini hendaklah dikenalpasti dan penentuan kuota itu hendaklah berasaskan cara yang saintifik.
c) Seksyen 12 – Kompaun Kesalahan. Seksyen ini menjelaskan Ketua Pengarah dengan persetujuan Pendakwa Raya boleh membenarkan kompaun dikenakan tidak lebih dari 50 peratus amaun denda tertinggi bagi kesalahan. Saya bersetuju dengan WWF bahawa tidak sepatutnya Ketua Pengarah diberikan kuasa seumpama ini, terutama bagi kesalahan yang berkaitan dengan binatang-binatang yang dilindungi di bawah Bab 3. Saya bimbang jikalau dibenarkan juga amalan memberi kompaun ini, ada bahayanya ia boleh mengakibatkan berlakunya korupsi.
21. Terdapat beberapa pandangan lain dari WWF yang relevan, akan tetapi tidak sempat saya jelaskan. Oleh kerana itu izinkan saya menyerahkan surat terbuka WWF ini sebagai tatapan dan kajian pihak berkenaan sekira perlu dikajisemula atau dipinda Akta ini pada masa akan datang.
NOTA: Ini adalah rangka ucapan untuk disampaikan dalam Dewan Negara pada Julai 2010. Akan dalam waktu yang terbatas, ucapan sebenarnya terpaksa diringkas serta diubah, dan oleh kerana itu mungkin berbeza dengan Hansard sedikit.

No comments:
Post a Comment