PERTANYAAN : LISAN
DARIPADA : DR. SYED HUSIN ALI
TARIKH : 28 .04. 2010 (RABU)
NO. SOALAN : 24
Dr. Syed Husin Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa kalikah Perdana Menteri sudah melakukan lawatan ke luar negara sejak beliau memegang jawatan itu hingga bulan April 2010 serta jumlah perbelanjaannya dan bandingkan dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri lain sebelumnya dalam tempoh yang sama.
JAWAPAN:
YB. DATUK LIEW VUI KEONG
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang Di Pertua,
Pada tarikh 3hb April 2010 yang lalu, maka genaplah tempoh satu tahun pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang Ke-6. Sepanjang tempoh tersebut YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan pelbagai inisiatif baru dalam menjana kestabilan politik, sosial dan ekonomi Negara.
Sepanjang jangkamasa tersebut, YAB Perdana Menteri telah menghadiri sebanyak 16 persidangan di luar Negara. Antara persidangan yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri adalah Persidangan ASEAN, CHOGM, NAM, APEC dan yang terkini, Persidangan Keselamatan Nuklear di Amerika Syarikat. Setiap persidangan antarabangsa ini memerlukan kehadiran YAB Perdana Menteri sendiri bagi menyatakan pendirian dan pandangan Malaysia dalam perkara-perkara yang dibangkitkan.
Selain itu, YAB Perdana Menteri turut mengadakan lawatan rasmi ke beberapa Negara bertujuan untuk meningkatkan persefahaman dan mengeratkan lagi hubungan diplomatik diantara negara. Sebanyak 10 lawatan rasmi telah diadakan dalam tempoh tersebut seperti lawatan ke negara jiran ASEAN seperti Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Lawatan penting yang lain turut diadakan sepanjang tempoh tersebut termasuklaj lawatan ke Negara China, India, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Jepun.
Adalah tidak wajar untuk membandingkan lawatan yang dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dengan Perdana Menteri-Perdana Menteri sebelumnya kerana terdapat persidangan yang tidak bersifat tahunan, namun secara kebetulan persidangan tersebut diadakan dalam tempoh setahun pemerintahan YAB Perdana Menteri, dan persidangan-persidangan yang beru dianjurkan.
Untuk pengetahuan Yang Berhormat, setiap Perdana Menteri Malaysia memepunyai tanggungjawab yang amat berat dalam memartabatkan nama Negara. Kehadiran mereka dalam sesuatu persidangan menyampaikan pendirian dan pandangan Negara akan memberikan impak yang amat besar terhadap imej Negara.
Sehubungan itu, YAB Perdana Menteri telah memberikan komitmen yang tinggi dalam setiap persidangan yang dihadiri agar memperolehi impak yang positif untuk jangkamasa yang panjang.
Sekian. Terima Kasih
No comments:
Post a Comment