Friday, April 30, 2010

Mengapa Limbang diserah kepada Brunei?

Adalah dilaporkan bahawa 18 hari sebelum bersara sebagai Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kawasan Limbang yang kaya dengan petroleum kepada Brunei. Kawasan ini mengeluarkan 500 ribu tong minyak sehari, bernilai USD 12.4 juta sehari. Hasil minyak Brunei menjadi 2 kali ganda selepas penyerahan ini. Apakah asas tindakan ini? Adakah dibincangkan dan diluluskan oleh Kabinet? Kenapa Parlimen tidak diberitahu? Apa muslihatnya? Sehubung dengan ini saya akan menimbulkan perkara tersebut dalam sidang Senat minggu depan.

(sungguhpun berita berhubung hal ini telah keluar tidak lama dahulu, latar belakang dan perincian tentang penyerahan tersebut dan syarat-syaratnya masih tidak diketahui)

No comments:

Post a Comment