Parti Keadilan Rakyat mengambil perhatian serius pengumuman Dr Lee Chong Bee baru keluar dari MCA.
Ertinya beliau mohon dan diterima sebagai anggota KEADILAN semasa beliau masih menjadi ahli MCA, tanpa memaklum hal ini. Ini satu kesilapan.
Lebih serius, Dr Lee telah dipilih tanpa bertanding sebagai Ketua Cabang Bukit Bintang.
Biro Politik KEADILAN telah membincang kes Dr Lee ini. Kami akan membuat keputusan tentangnya setelah mendapat perakuan dari Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dan Sekretariat.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
8 Oktober 2010
No comments:
Post a Comment